Monday, 23 January 2012

BACALAH...

PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan
badan
1. makan daging
2. memakai haruman
... 3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan
badan
1. banyak berkelamin
(bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika
makan
4. banyak makan bahan yang
masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan
fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir
tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI
IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG
HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yang
banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti
tidurnya ahli neraka.
♥ Doa dan zikir. ♥
Itulah kekuatan seorang muslim :)
Kalau rajin..tolong sebarkan
maklumat ini kpd saudara Muslim
Muslimat yg lain agar menjadi
amalan kpda kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu
amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun
beliau sudah meninggal..

Wednesday, 18 January 2012

KORG TAW X???

Sesungguhnya nafsu manusia itu terbahagi kpda 7 peringkat. Bermula drpda Nafsu Amarah hingga lah kpda Nafsu Kamariah iaitu nafsu yg di miliki oleh para Rasul, Nabi, Anbia, Aulia, Syuhada, Solihin dan sekelian para Wali2 Allah.

Didalam Nafsu Amarah ini terdapat sifat2 keji @ sifat2 Mazmumah yg perlu kita singkirkan drpda hati kita di dalam menjalani proses pembersihan & penyucian diri. Maka perlulah di ketahui apakah penyakit2 hati yg perlu kita bersihkan ini.

Antaranya adalah :

1. Iri Hati
Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang diperolehi oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk bersaing dengan orang itu. Iri hati yang dibenarkan dlm ajaran ugama Islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan Allah, jalan kebenaran & kebajikan.

2. Dengki
Dengki adalah merupakan sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut drpda orang itu. Sifat ini sangat berbahaya karena tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.

3. Hasut @ Provokasi
Hasut adalah merupakan suatu sifat yang berusaha utk mempengaruhi orang lain agar sifat marah orang itu menjadi meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan sesama manusia. Ini akan menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan sesama manusia.

4. Fitnah
Fitnah sprti yg pernah Nabi Muhammad saw menyatakan ianya adalah lebih kejam drpda pembunuhan dan merupakan suatu perbuatan yg menodai, merusak, menipu & membohongi diri seseorang yg lain bertujuan utk menimbulkan permusuhan sehingga ianya dapat berkembang menjadi suatu tindakan melampaui batasan @ jenayah kepada orang lain tanpa bukti yang relevan, kukuh & kuat. 

5. Buruk Sangka
Buruk sangka adalah sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

6. Khianat
Khianat adalah sikap tidak bertanggungjawab atau mungkir di atas amanah atau kepercayaan yang telah diberikan kepada seseorang itu. Khianat biasanya akan disertai dengan sifat bohong & tidak menepati janji. Khianat adalah ciri-ciri orang munafik. Orang yang telah berlaku khianat akan dibenci orang disekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercayai lagi untuk memegang suatu tanggung jawab di kemudian hari.

Penyakit-penyakit ini apabila tidak ditangani dan dicegah dengan baik didlm diri kita akan mengakibatkan sesuatu yg buruk kpda diri kita sndri. Sama sprti sakit pada fizikal tubuh maka penyakit hati yang berupa sifat perilaku buruk ini perlu disembuhkan dengan ramuan ubat hati.

Antara ramuan ubatnya adalah :

1. Tidak Banyak Berbicara

Terlalu banyak berbicara dapat membuat hati kita menjadi keras. Berbicara bagi perkara yang tidak penting adalah hanya sekadar dengan secukupnya sahaja dan jangan berlebih-lebihan. Hindari menjadi orang yang bercakap besar, cerita2 kosong, mengada-ada kan cerita dan sebagainya yg tidak mendatangkan manafaat drpda cerita itu kpda kehidupan kita dan orang lain. Banyakkan bercakap tentang kebaikan seperti memberi tunjuk-ajar, nasihat dan panduan kpda orang lain.

2. Menjaga Emosi Dan Nafsu

Terlalu emosi (emosional) akan membuat hidup kita menjadi tidak tenang. Oleh karena itu kita sebaiknya selalu menjaga emosi kita agar tidak menjurus ke penyakit hati. Ada beberapa nafsu yang jika kita yidak mengawalnya dengan baik akan mengakibatkan keburukan kpda kita sprti seperti nafsu makan, nafsu kebendaan (harta), nafsu seks, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian (angan-angan) dan sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa samada puasa sunat atau pun puasa wajib di bulan Ramadhan.

3. Selalu Mengingat Allah SWT

Ada beberapa cara untuk kita selalu mengingat Allah SWT iaitu dengan tidak meninggalkan sholat baik sholat wajib lima waktu. Dlm pada itu kita berusaha utk mendirikan sholat tahajud, sholat dhuha, solat malam dan lain-lain lagi. Selain itu zikir, doa dan membaca Al-qur'an juga akan dapat menghindarkan kita dari penyakit hati. Dengan mengingati Allah swt ini maka kita akan menjadi takut kepada amaran Allah swt jika kita melakukan dosa yang disebabkan oleh penyakit hati dan perbuatan maksiat.

4. Bergaul Dengan Orang Yg Soleh

Jika kita bertemankan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati ianya lambat-laun akan hanya menyebabkan diri kita sndri terjebat dengan penyakit tersebut dan kita akan semakin jauh dari Allah. Salah pergaulan juga dapat menambah dosa akibat perbuatan maksiat samada kita sedari @ tidak sedari yg dosa itu telah pun kita lakukan. Lain pula halnya apabila kita bergaul dengan orang sholeh yang selalu menjaga dan membatasi diri dalam pergaulan agar mereka tidak terjerumus dalam dosa dan maksiat.......

Semoga sama2 kita terhindar dari penyakit hati ini dan berusaha utk meningkatkan keimanan & ketaqwaan kpda Allah dan setrusnya meningkat dari satu peringkat nafsu ke peringkat yg lebih baik lagi.

Tuesday, 17 January 2012

KORG TAW X???

PERJUANGAN NI...
SEMUA ORANG KATA NAK BERJIHAD, FI SABILILLAH.......!!!!!!!
NAK AJAK MANUSIA UTK BERJIHAD FISABILILLAH...!!!

'SABIL' ITU APA DIA...???
'JIHAD' ITU' APA BENDA...???

JIHAD ITU MAKNA NYA BERSUNGGUH-SUNGGUH...
BERSUNGGUH-SUNGGUH ITU PULAK MAKNANYA BENAR...
BENAR, BENAR...
BENAR, BENAR... MAKNANYA SUCI...
SUCI MAKNA ASLI...
ASLI MAKNANYA YANG AZALI...
YANG ASAL...
PERJUANGAN YANG ASAL...
PERJUANGAN YANG ASLI...
PERJUANGAN YANG SUCI...

YANG TIDAK ADA CAMPUR BAUR...
BUKAN ADA KLON, KLON PUNYA...
TAK DAK KLON...!!!
KLON ITU MAKNANYA PALSU...
PERJUANGAN YG PALSU...

YG TIDAK DI AMBIL KIRA OLEH PARA MALAIKATNYA...

BUKAN CAKAP SAJA...!!!

M E S T I D I K O T A...!!!

Friday, 13 January 2012

SAKIT !!!

hye,,


sebenarnya tak banyak yang aku nak kongsikan kat sini,
aku cuba kurangkan word,tapi dipenuhi dengan isi yang penting,
sebab aku sakit,sume sakit,tangan,kaki,pinggang,kepala,hati pon sakit,


jam dah pukol 5.22 a.m, tapi tetap tak boleh tidur,
sambil ditemani lagu yang berdering di telefon ku,
tiba2 keluar lagu GLENN FREDLY,
lagu yang aku selalu nyanyi di karaoke,
lagu JANUARI,



tiba2 air mata aku menitis,tapi  tak byk...


aku tak nak jadi seperti dalam lirik lagu tu,
tak kuat beb,mati la macam ni,
aku dah lemah,tapi kenaingat,brapa lama aku boleh sabar?
kau tahu yang aku bukan jenis penyabar,
sendiri mahu ingat,


ok BYE !!!

Thursday, 12 January 2012

SEDIH LAGI !!!

ASSALAMUALIKUM,

hye kte bertemu lagi di post yang seterusnya,

Bulan sedih,sedih dan sedih...
Sebenarnye aku nak p masak ni,
Tapi update la kjap,

Ni je yang aku nak cakap,
SAKITILAH HATIKU SELAGI KAU BOLEH BUAT,JANGAN PERNAH MENYESAL JIKALAU AKU SUDAH TIADA LAGI...

OK, DONE..

bye...

Sunday, 8 January 2012

SEDIH!!!

ASSALAMUALAIKUM...


Bertemu kita lagi di post yang seterusnya,
Ari ni aku nk kongsikan pengalaman pedih aku yang aku alami pada hari ini,
Nak taw???


GUINEA PIG kesayangan aku dah mati seekor,yang paling aku sayang dan yang paling mahal lak tu...
Tuhan je yang taw perasaan aku time 2 macam mana,sumpah frust gila dan kecewa sangat,
aku da perasan yang dia tengah sakit,ak cuba wat treatment manual,xjalan gak,
nak bawak dia pergi VETERINAR tak sempat,adoi...kesian aku kat die.
hari sabtu aku tengok dia masih bole berbunyi lagi bila aku pegang,stil bole gigit tangan aku lagi,
bila aku bangun pagi pada hari ahad,aku tengok dia dah tak larat betol,aku decide nak bawak die p klinik haiwan bila aku balik kerja nanti,tapi ternyata tuhan lebih sayangkan die..tuhan tak sanggup tengok penderitaan dia,aku lagi tak sanggup,semuanya akibat penyakit BAWAH MULUT BASAH!!
DAMN!!!korang bayangkan la,dengan excited aku balik kerja,tengah penat2,sampai je tengok die dah keras,kejung,kaku,tak bergerak...aku tengok GP aku yang lain,sume menunjukkan muka cemas,sebab kawan dorg dah mati,ermm...


Dengan perasaan yang hampa,sedih,kecewa,aki angkat dia keluar dari sangkar,aku tak percaya yang aku tengah pegang OREO yang dah mati,dengan berat hati,aku ke belakang untuk mengambil cangkul,dengan perasaan sedih aku terus gali lubang tok OREO.aku hanya mampu menangis di dalam hati..kepenatan yang aku alami sampai aku tidak dapat mengeluarkan air mata...


Tinggal kenangan aku dan OREO,tersenyum aku bila teringat aku wat die marah,sampai die gigit jari ku sehingga luka itu sedalam 1 inci,2 hari darah aku tak henti mengalir...
tapi aku tak marah dia,sebab itu semua salahku,dan ahri ini die telah tinggalkan aku tok selamanya,
aku harap baka OREO yang sedang di buntingkan oleh SIBBIE selamat dilahirkan nanti...
Maafkan aku oreo,sebab tak dapat mengubatimu..


aku sentiasa simpan kenangan kita...
Ke ampang aku pergi untuk mengambil kau,
Tiada lagi bunyi kau yang akan aku dengarkan lepas ini,
Aku sentiasa merinduimu OREO...



In memory,


Name : OREO
Age : 1 year
Breed : Sheltie Guinea Pig

Tuesday, 3 January 2012

MelaluT AjE

Assalamualaikum,


Dan selamat tengah pagi diucapkan,bole ke macam 2?
Haha,subjek BM yang xpernah diikuti dengan betol dan cemerlang.....
Hahahaha,kmain besar lagi aku gelak kan?
Intro yang sangat buruk dari ku...
CIS,dulu cikgu Ramlah ajar BM ko Tidor,sape soh...


Sebenarnye aku xtaw ape perasaan aku sekarang,
Suka,duka,happy,sedih,terkilan,menyesal,serba salah,bengang, sume ade la,
kenapa ek aku jadi macam ni?sudah tahun 2012 bro,xkan ko masih nak di takok lama???
aku taw aku sudah menyakitkan hati seseorang,dan seseorang itu adalah orang yang amat penting dalam
hidupku,erm.......
I'M SO SORRY.....


Rasanya xsalah kalau ku berterus terang apa yang terjadi padaku,
aku lagi xsuka memendam diri,menyepi,kelak memakan diri wokkk...
Btol x???mestilah betol...
Oleh itu aku terjebak kembali kepada kegiatan lam aku,iaitu memancing.....
Boleh release TENSION aku,tapi masalahnye sekarang,RELEASE ke?
makin bertambah TENSION sebab aku xdapat IKAN...hahaha..
Tapi aku suke tengok laut,tenang je laut 2 kan?sambil angin yang meniup kencang
(bukan sepoi-sepoi bahasa taw) padaku,aku memikirkan keadaan diriku yang terumbang ambing,
sampai ikan makan umpan pun aku xsedar,taw2 dah abis je...


Rasanya post aku yang sebelum ni mengisahkan tentang seseorang,betol x??
Ermm...oleh kerana post itulah aku telah menyakitkan,memedihkan,menghancurkan ati seseorang manusia yang digelarkan wanita,atau nama saintifiknya (perempuan)...
aku faham perasaanya,aku mengerti,aku taw dia kaget bila membaca post tu..Indon la plak,
Frust xdapat tengok cerita alisa tadi....cukuplah melalut tu ye....sambung balik,
aku taw perasaanya,dan sejurus selepas itu die melepaskan perasaanya pada keyboard komputer peribadinya,melepasa geram konon,taip panjang,sambil melepaskan apa sahaj yang tersirat di hatinya,
hancur luluh hatinya,aku tahu aku telah mematahkan hatinya...(boleh ke macam tu?)
dan aku hanya mampu mengatakan,MAAFKAN AKU...Tidak terlintas dihatiku untuk menyakitimu,
aku hanya berkongsikan apa yang aku rasakan....ITU SAHAJA...


aku harap perasaan ko kembali tenang selepas membaca ini...
aku tidak akan berganjak dari pendirian tetap ku yang telah ku buat bersamamu...
INGAT!
AWAS!
Jangan sesekali menyuruhku pergi darimu!!!
Dan aku tidak akan pergi darimu,..,


Azam aku untuk 2012 ni,berubah demi masa hadapan,dah 23 umo ko nak...
tak kan nk jadi bebudak lagi,aku rasa waktu enjoyku dah habis,
fokuskan kepada apa yang ko nak capai nak..
Ubah hidup ko demi masa hadapan...
itu yang lebih baik kan???


BEST KAN KALAU SETIA???


memang best,sebab feel die semacam..
aku rindukan tahun 2009,
rindu sangat-sangat...


weh,dah pukol 04.30 pagi la,tak reti nak tidor ke??
ok la,itu sahaja yang aku nk melalot pagi buta ni...
bertemu lagi pada post yang hadapan,
sebelum tidur,aku suka sangat mendengar lagu ini...
hope korang  pon layan la ye???

Sambutlah Kasihku...


 bye~